Ads Top

River Cruise Melaka


River Cruise waktu malam

Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dari tahun 1402-1511 dan selepas itu. Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasan perbandaran, penempatan, perkuburan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan dan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu.

Lantaran itu keputusan kerajaan negeri Melaka pimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam untuk mengindahkan Sungai Melaka sebagai destinasi pelancongan adalah wajar sekali. Antara keistimewaan terbaru yang disediakan di sekitar Sungai Melaka, Bandar Hilir, Melaka.

Melaka River Cruise merupakan perkhidmatan bot yang membawa pengunjung-pengunjung menyusuri Sungai Melaka dari Taman Rempah, Pangkalan Rama hingga ke Muara Sungai Melaka dan kembali semula ke Taman Rempah. Bot akan melalui kawasan-kawasan Sungai Melaka yang indah dan menarik termasuklah kawasan Bandaraya Warisan Dunia yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh pelusuk dunia. Dianggarkan lebih daripada setengah juta orang telah menaiki bot ini dalam masa setahun.

Ramai pengunjung menaiki bot menyusuri Sungai Melaka pada waktu malam kerana pemandangan di sepanjang Sungai Melaka sangat menarik dengan keindahan lampu-lampu yang pelbagai jenis dan warna. Disamping bangunan-bangunan lama yang indah di sepanjang sungai, jambatan-jambatan indah yang merentasi sungai. Sungai Melaka adalah salah satu sungai yang terindah di dunia.

No comments:

Powered by Blogger.